Tuesday, January 15, 2013

ALLAHU


Gadess,Butterfly
Selasa - 15/01/2013
at 4:07 PM

Assalamualaikum .. !

Tiada Kata Seindah Bahasa, Daku Hanya Insan Biasa

  •  Bersyukurlah dengan rupa yang Allah kurniakan, kerana semua ciptaanNya indah dimataNya. 
  •  Tiada kata seindah DOA, Tiada junjungan selain NABI MUHAMMAD, Tiada kiblat selain KAABAH, Tiada tuhan selain ALLAH. 
  •  Dunia ini REALITI bukan FANTASI, Mati itu PASTI bukan MIMPI
  •  Cinta DUNIA membawa DERITA, Cinta MANUSIA belum tentu PENGHUJUGNYA, Cinta SYURGA membawa BAHAGIA, Cinta Allah sudah pasti SELAMANYA. 
  •  Tidak ada insan SUCI yang tidak mempunyai MASA LAMPAU, Tidak ada insan BERDOSA yang tidak mempunyai MASA DEPAN. 
  •  Mati tidak menunggu kita, kita yang menunggu mati, MATI itu PASTI. 
  •  Biar putus cinta dengan manusia janji tidak putus cinta dengan Allah, Biar ramai yang tidak suka janji Allah sentiasa tersenyum bila melihat kita beribadat kepadaNya. 
  •  kerana Allah kita dipertemukan, kerana Allah kita mula mengenali, kerana Allah kita saling menyayangi dan biarlah kerana Allah kita terpisah. 
  •  Allah sentiasa ada disaat kita memerlukan, setiap waktu, setiap jam, setiap minit, mahupun setiap saat .Allah tidak pernah tidur. 
  •  Setiap manusia diberi kelebihan dan kekurangan tetapi manusia hanya boleh menerima kelebihan dan sukar menerima kekurangan .Ingatlah bahawa setiap apa yang ada pada orang lain ada juga pada kita. 
  •  Setiap PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN, Setiap yang BERNYAWA pasti akan MATI. Allah itu Maha Adil dan BIJAKSANA. 
  •  Allah mengambil apa yang kita sayang bukan kerana Dia kejam tetapi Dia mahu kita belajar erti KEHILANGAN. 
  •  Jangan disebabkan hal kecil kita bermusuhan. Jangan jatuhkan maruah sendiri, tanamkan sifat malu dalam diri, insyaallah diberkati.