Thursday, December 26, 2013

Perkara-perkara yang boleh menimbulkan syirik


Gadess.Butterfly
Khamis - 26/12/13
at 11:04 PM

Assalamualaikum!

Syirik? Syirik adalah satu perkara yang menyekutukan Allah. Apa hukumnya? hukumnya adalah HARAM!!! umat manusia diharamkan menyekutukan Allah. tak baik tau. berdosa besar..


Apa perkara-perkara yang boleh menimbulkan syirik, yang sering berlaku di sekitar kita?
 kita sering lihat perkara-perkara ini terjadi. tapi adakah kita tahu apa hukumnya?

- Melalui sms/chat conversation
pernah tak anda-anda sekalian dapat satu sms yang berbunyi begini "............sebarkan perkara ini kepada 20orang rakan anda. jika anda abaikan, hidup anda tidak akan tenteram, jika anda sebarkan anda akan mendapat kebahagiaan..." pernahkan? ain pun pernah juga dulu dapat sms macam ni.. gila takut la cek oiii.... send kepada 20orang rakan, SIAP!! tapiiiii........... sekarang bila dah meningkat dewasa, boleh berfikiran matang, barulah ain boleh berfikir dengan logiknya.... MANA ADA MANUSIA YANG BOLEH MENENTUKAN KEBAHAGIAN/KECELAKAAN SESEORANG... betul tak? Kebahagiaan & sebagainya datangnya dari Allah... siapa kita nak menentukannya? kita hanya manusia... manusia yang hanya menurut perintah hambanya... so, terang-terang benda ni adalah SYIRIK. so, kepada anda-anda yang terima sms ni sila abaikan.. tak perlu takut, tak perlu nak membazir kredit atau memenatkan jari anda untuk send kepada rakan anda....

- Tangkap gambar 3orang
bila kita nak tangkap gambar 3orang mesti ada salah seorang rakan kita akan cakap "eh, tak baik tangkap gambar 3orang, nanti yang tengah-tengah tu akan mati dulu.."  SIAPA KITA NAK MENENTUKAN AJAL MAUT SESEORANG?? "bolehkah kita pasti, kita akan bertemu lagi pada esok hari?" tidakkan... siapa yang menjadikan kita? siapa yang memberi nyawa pada kita? siapa yang membuatkan kita boleh bernafas seperti sekarang? kalau bukan ALLAH SWT. so, dia yang beri nyawa, dia juga yang akan mengambil nyawa kita....

- Menyanyi ketika masak di dapur
Ini adalah andaian nenek moyang kita dahulu.. "jangan nyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua" jika kita percaya, syiriklah ia.. jika kita fikir dengan logik, ia adalah satu nasihat agar, masakan kita tu tidak hangus kerana asyik bernyanyi... betul tak??? dok seronok sangat nyanyi, sampai lupa ikan yang tengah goreng tu... huhu ..... jadi, kita janganlah percaya, ambilkan itu satu nasihat atau ingatan kepada kita.. setengah orang ni percaya sangat.. MANA ADA MANUSIA YANG BOLEH TENTUKAN JODOH SESEORANG kan?? Jodoh, ditangan Allah...


Janganlah anda menghampiri dengan perkara-perkara syirik. sesungguhnya Allah murka, Allah benci hambaNya yang menyekutukanNya... Wallahhualam....

segala yang baik datang daripadaNya..yang buruk datang dari diri saya sendiri :)




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ..
Sila Sila Komen ..
Tinggalkan Pesanan Anda ^^
Komen yang murni je OK! ^^